Friday, August 27, 2010

mr s tidak mahu diganggu wartawan dan pengadu..


mungkin mr s rasa dirinya glamer sehingga tidak mahu wartawan dan pengadu mengganggunya

Wednesday, August 25, 2010

HARIAN METRO - 25 OGOS 2010 -SETEMPAT

Kaki belit dicekup

Oleh Muhd Izawan Baharin

2010/08/25
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Lebih setahun dia menghilangkan diri namun pakar ‘putar belit’ yang pernah bergelar pengurus artis, memiliki syarikat berkaitan industri hiburan dan menubuhkan beberapa kumpulan nasyid sejak 2004 demi memperalatkan industri untuk mendapatkan habuan penipuan akhirnya dicekup polis kelmarin.

Difahamkan, lelaki digelar Mr S yang berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di ibu kota selepas memperdayakan pelajar di situ untuk menjadi rakan kongsi syarikatnya.


Metro Ahad pada 22 Mac 2009 pernah melaporkan Mr S menggunakan taktik cukup mudah iaitu menubuhkan kumpulan, syarikat atau menguruskan artis tertentu, kemudian menjaja nama artis terbabit untuk menarik mangsanya melabur sejumlah besar wang dengan janji kononnya wang itu akan berganda apabila projek membabitkan artisnya berjaya.


Antara mangsanya ialah penyanyi, Waheeda, kumpulan nasyid Devotees dan Nice serta kumpulan Infinatez.


Namun, berdasarkan mangsa terakhirnya sebelum dicekup polis, Mr S bukan saja meletakkan industri hiburan sebagai sasarannya malah pelajar dengan menawarkan penubuhan syarikat sewa kereta.


Pelajar itu, Ilyas Ismail, 21, berkata Mr S menyambung pelajaran di universiti tempat dia belajar Mac lalu kononnya sebagai syarat kenaikan pangkat selepas berkhidmat di sebuah syarikat penerbangan.


“Dia mendakwa baru berusia 28 tahun dan memerlukan ijazah untuk kenaikan pangkat, namun dalam kesibukannya sebagai pelajar, tiba-tiba Mr S menawarkan kepada semua rakan sekelas untuk membuka perniagaan dengannya sama ada homestay, bistro atau sewa kereta dan meminta sesiapa yang berminat menyediakan wang sebanyak RM10,000,” katanya yang ditemui semalam.


Menurutnya, hanya dia yang berminat untuk menyertai perniagaan kereta sewa itu kerana percayakan penampilan lelaki itu yang lemah-lembut dan baik. “Mulanya, dia menggunakan nama saya untuk membuat pinjaman bank bagi membeli kereta sebanyak RM33,000, namun duit saya sedikit demi sedikit dikebas atas pelbagai sebab seperti servis kereta dan mendapatkan lesen daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedangkan kereta itu saya tidak pernah nampak manakala semua dokumen penubuhan syarikat tidak wujud.


“Selepas menjalankan pemeriksaan, saya dapati dia sudah menipu ramai orang menyebabkan saya berusaha mengesan dan mengambil semula kereta dibeli atas nama saya itu di kediamannya di Muar, Johor,” katanya.


Seorang usahawan, Azman Hafiz, 30, berkata dia kerugian RM20,000 selepas terpedaya menjadi rakan kongsi Mr S menubuhkan sebuah syarikat pengurusan acara tahun lalu.


“Atas dasar percaya, saya serahkan RM20,000 kepadanya untuk membuka syarikat dan kami mendapat kontrak menguruskan acara untuk sebuah syarikat di utara tanah air. “Acara itu berjalan lancar, tetapi selepas itu banyak pihak menuntut hutang daripada saya kerana pengangkutan tidak dibayar, penginapan tidak dibayar, sistem audio tidak dibayar dan artis yang membuat persembahan juga tidak dibayar. Saya cuba mencari Mr S, tetapi dia menghilangkan diri,” katanya.

Click Here

Menurutnya, dengan tertangkapnya lelaki itu, hatinya cukup lega selepas lebih setahun mengesan lelaki itu.


“Berdasarkan apa yang saya tahu, lebih 20 individu di beberapa negeri menjadi mangsa penipuan lelaki itu. Sekarang saya berharap mangsa dapat tampil untuk membantu siasatan polis dan memastikan kita semua mendapat keadilan,” katanya.


Bekas pembantu kepada pemilik sebuah syarikat penerbitan album pula berkata, bekas majikannya kerugian sebanyak RM1.3 juta di tangan Mr S yang akhirnya mengakibatkan syarikat itu tutup.


“Walaupun saya hanya pekerja di syarikat itu namun kesan penipuannya menyebabkan gaji kami tidak dapat dibayar dan terpaksa menempuh banyak dugaan. Hati saya puas dan lega selepas dia ditahan polis, ramai pekerja di syarikat itu sudah lama terseksa angkara dia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang dihubungi mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan beberapa kes penipuan.

Sunday, August 22, 2010

TERGEMPARR..!!!!





Nor Azlini Hisham telah selamat di dalam tahanan pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor Bahagian Perdagangan, kepada mangsa2 sila2 hubungi Balai Polis 03-55103623 untuk laporan lanjut bagi mengukuhkan lagi siasatan kes penipuan yang telah dibuat oleh dajjal ini.

Saturday, April 25, 2009

terkini..

Cerita terkini..

Dah ramai mangsa dipanggil oleh pihak polis untuk mendapatkan laporan lanjut..& dapat tahu dia ada mengugut mangsa tertentu..berani lagi tu..Tapi aku sangat2 lah terkejut..rupanya salah seorg investor utk kumpulan infinatez telah dibelasah dgn teruk n syaitanirrajim ni dah arahkan utk bunuh dia...aduhai...dia mangsa yang sangat keberatan utk tampil pada polis..rupanya dah fobia..

dia arahkan bodyguard dia pukul budak tu sampai lembik..n ditoreh sbg amaran..dari cite mangsa ni..dia berpeluk tubuh..aku pun tatau ape istilah sebenar nk guna..
tak dpt recall pkataan tu..tp macam menyilang tgn kat dada dan dengan angkuhnya bagi
arahan..." bunuhhhh..!!!" mak aii...da tak ingat tuhan dah..sampai sanggup nak bunuh org dah skrg..

menurut kata bodyguard dia...yg dah nmpak rupa sbnr syaitan ni..dia dah ada senarai panjang untuk dibunuh..dia tipu org...dia lak nak bunuh org...nak tutup lobang2 yang ko buat sdiri sampai hilang akai ka??

ko bdosa pada Allah...klu tuhan bg ko hdayah..ko btaubat..dosa ko di ampunkan..tp dosa ko pada manusia??? ko ingat ape..???ko masih rasa ko betul..???

sakit la ko ni azlinie..c
uma mangsa2 yang paling terkini, kami dapati bukan dikalangan artis..
pasal tembelang da pecahkan..

ko ingat kecik ke dunia hiburan ni..arini aku jumpa ramai org yg telibat dlm industri..bile depa tau aku bw salah satu mangsa dia...masing2 trus tanya..sape mr.s..nak tengok gamba la..nasib ko la...aku mmg tunjuk je...aku tanak dah btambah2 lagi mangsa..tp ada antara depa mmg kenal ko pun..mmg ko nye personaliti tu nmpak baik...tapi 30 org kata ko jahat...ko plak duk kata yg 30 ni jahat ko tu baek...sampai bile weh????dah terang lg nyata tu..

aku rasa kalo ko kna tangkap pun...
baik tuk ko...
bole ko muhasabah diriinsaf..
btobat...
kalo bagi ko ni lepas bebas...
lagi mcm2 bnda syirik ko buat..

bawak2la sdar diri kita ni di mana..
snang ko pun..hati tak tenang kan...
thanx to awan biru..search tu..terharu...
thanx sgt2..krn menyebarkan wajah wanted ini..

krn nafsu serakah ko mbelakangkan tuhan...
masyaallah...
nauzubillah...

Saturday, March 21, 2009

DAPATKAN HARIAN METRO AHAD 22 MAC 2009

AHah...kisah MR. S..
Eksklusif khusus si penipu besar sangat..
bukan setakat penipu besar..ok..!!
tapi besar sangat2...
HUhuhu...

Moga terbuka lah mata masyarakat tentang wujudnya orang begini...

Bawak-bawak la insaf dan bertaubat en.azlini hisham...

kat mana lah dia kan....

Tuesday, February 24, 2009

PENIPU "TERHEBAT"



Kalau KRU dan ADAM pernah popular dengan lagu Pria Terhebat..rs nya hebat lagi kisah penipu yang terhebat ini..mungkin kalau ada penerbit filem yang berminat menerbitkan kisah ini..pastinya mampu buka mata masyarakat ttg wujudnya manusia sebegini..

Aku sendiri tak pernah tpikir nk dengar kronologi penipu sebegini hebat..apatahlagi terfikir utk mengenali..tapi..perkara dah depan mata..bila terbongkar…masyaallah…sangat ramai manusia teraniaya..kisah,jalan cerita sama belaka…kerana pelakunya orang yang sama..walaupun hanyalah teori jejak@modus operandi seorang individu dalam psikologi tu akan sama..ya..mmg boleh di aplikasikan dlm kes ni..dari musim petama, kisahnya masih sama..kadang2..terpikir..dia ni tanak ke guna cr lain..tp mgkin dia pun dah study..cara inilah yang paling berkesan..kalau tidak…takkan la siri penipuannya dah menjangkau ke 6 musim..

1st season
penipuan ke atas hijjaz record utk penghasilan telemovie c u d ipt,
2nd season
penipuan menubuhkan kump.nasyid devotees &syarikat pengurusan dme records
3rd season
penipuan menubuhkan kump.nasyid nice &syarikat pengurusan nazzmusic
4th season
penipuan menubuhkan syarikat euphoniuos ent. dan pengurusan infinatez
5th season
penipuan menubuhkan syarikat event management emphonious event
6th season
penipuan menubuhkan syarikat yg melibatkan hasil bumi warga orang asli..

Hampir semua mangsa bersetuju, dia bukan stakat menggunakan skill menipu saje..tapi turut mencari bantuan ilmu-ilmu hitam yang bg orang yg waras dan beriman dengan Allah yang satu..itulah perkara yang akan kita jauhi..dr segi logik akal..yang menjadi mangsa bukan calang2…tapi tertipu juga..sedangkan iblis ni bijak sangat ke? Huhuu…mmg bijaksana dalam bidang dia..

Bila tebongkar..macam2 jenis sihir n ilmu dia da try..aduhai…sedih..Islam lagi ke dia..?? apa yang dibuat tu dah jelas2 mensyirikkan Allah..hanya kerana nk memenuhi kehendak nafsu yang besar..nak bersenang lenang?tp senang ke sampai skrg? Sementara je kan..ht pun tak tenang..yela..nak dok pk…cmne nk cr lubang besar..cmne nk tutup lubang yang sedia ada..cmne nak malukan orang tu..orang ni..fitnah orang tu..orang ni…segala orang semua jahat..dia je yang baik..tak ke sakit tu..sakit mental..

Tapi selamanya ke dia akan bermaharaja lela sbagai penyandang penipu terhebat? Da tentu la tidak..bak kata pepatah..sepandai-pandai tupai melompat..akan jatuh juga kat tanah..Cuma apa yang mak selalu cakap..orang jahat ni..memang Allah da tak peduli…Allah akan biar je dia alpa n leka..tapi janji Allah..hidupnya takkan senang dan balasan utknya itu pasti..

Infinatez mungkin kelompok artis terakhir yang ditipu..tapi rupa2nya tak berakhir lagi…makcik goreng pisang pun sanggup dicaras..wlupun rm10ribu..tapi tula hasil titik peluhnya..tak kesian ke..belum lagi yang dah masuk berpuluh2ribu dan beratus ribu dengan projek yang palsu..&kalau masa terdesak..rm500 pun dia sebat..Buruk sungguh kan perangai..

Pada perkiraan aku..kalau dia ni gunakan kelebihan yang dia ada ke jalan yang betul..dia boleh berjaya..kadang2 aku tpaksa akui..dia ada plan n prancangan yang bagus..Cuma pelaksanaan tu tak betul..jadilah macam skrg ni..smua orang mnyumpah sranah dia..kalau dimakbulkan doa2 org yang teraniaya ni..ape yang tinggal pada dia?sdih tau..dah takde orang yang sudi nak sbut nama yang dah elok2dibagi mak ayah..ada cahaya lagi..tapi dia pilih utk dipnggil syaitan laknat, iblis, setan gondola,iblis, anak haram, celaka, sial..ntah ape2 lagi..msti sdih mak yang melahirkan orang mcm ni..dgn harapan mjadi mnusia bguna..tapi ape yang jadi?

Kami cuba jumlahkan brapa total hasil penipuan syaitan laknat ni..tau berapa..?? mencecah ke rm 3juta..sikit ke tu?bg yang senang mungkin sikit..tapi bagi yang sehingga kna menanggung hutang?pada siapa nak dirujuk? Nak mnta di bantu?terpaksa menggung sendirian juga akhirnya..

Dan jumlah mangsa yang dah tampil mau dekat 20 orang..di jangka mangsa sbenar jauh lebih byk dr jumlah tu..berapa banyak kehidupan orang yang terjejas hanya kerana sekor lahanat ni..Allahu Akbar..Hanya Allah yang lebih tahu atas segalanya..

Tapi itula..takkan nak trus dibiar perilaku mcm ni..nk tggu brapa rmai lagi tertipu baru lahanat ni boleh dihumban dlm penjara@pun dapat pbalasan yg stimpal..kalau duit2 penipuan tu disalurkan pada golongan yang btul2 nk mniaga..skurang2nya dapat mbantu ekonomi negara..nak cr pelabur pun bukan senang..dah jadi mcm ni, mereka yang ada mpunyai niat melabur pun bole terbantut..krn jantan lembut ni sekor..peluang orang lain tertutup..

Ntahla..aku takkan jemu berdoa..biarlah lahanat ini mendapat balasan setimpal sebagai pembelaan utk mereka2 yang teraniaya..Ameeennnn…

Thursday, December 18, 2008

Siapa Dia..??

Hmmm....aku buat blog ni khusus utk melampiaskan rasa marah aku pada org2 mcm ni...
Hidup dengan menipu..tapi masih lepas bebas lagi..

Aku kira dia dah cukup sangat pakar...sampaikan lepas sorang, sorang dah terkena...

Bukan calang2 mangsanya , kini target nya adalah artis..

bermodus operandi kan menubuhkan syarikat dan mencadangkan projek2 yg bg aku kurang munasabah kepada mangsa...

keluar masuk balai dah tak kisah kot bg dia..

ni yg aku tau la kan..
& aku sdiri adalah sbahagian mangsa2 yg kini susah akibat dr pbuatan dia...

bmula dengan kisah dia bsama kumpulan popular..nasyid..Hijjaz...
sebelum tu mmg dah byk menipu...
tp aku adalah org yg terlibat dlm industri hburan..jadi yg aku boleh bgtau apa yg blaku kat skeliling aku..

Dia dtg kpd hijjaz, mencadangkan satu projek telemovie artis nasyid berkumpulan yg dikenali..n mendakwa akan melabur utk projek tersebut..bukan sikit..berpuluh2 ribu..projek tu berjalan..ada hasilnya..tapi apa yg berlaku? pelabur sebenar muncul di pejabat Hijjaz menuntut haknya..kepada hijjaz dimaklumkan puluhan ribu duit yg dia kata dia punya, tp sbnrnya bukan pun dan pelabur tu dah melabur rm1++k...mana pegi yang lain? masuk dalam kocek dia..duit dia konon...

perawakan dia ni...alahai...pijak semut pun tak mati..sopan santun..ala2 lelaki lembut pun ada..
tp penipu besar..

tak habis dgn tu...dia jumpa lagi investor lain..dia tubuhkan kumpulan nasyid devotees..beratus ribu jugak dia kebas..laptop2 budak2 ni pun dia kebas..tak cukup dgn masalah2 lain..menggagau devotees mnaikkan diri dgn malang menimpa..alhamdulillah naik juga kumpulan devotees...doa org teraniaya tu insyaallah dimakbulkan..

tak habis di stu..lepas penipuannya terbongakar , dia mnyepi hampir staun sblum dia tubuhkan lagi satu kump nasyid..Nice...dekat RM600k jugak dia caras bos budak2 ni..dia duduk bersenang lenang rumah mewah serba lengkap di kota damansara, tp bos budak2 ni bawa moto kapcai buruk di kuala terengganu..Nice merangkak2 sendiri..mencari haluan..kita doakan la diorg ni jugak..Nice yg juga anak didik hazami, dgn hazami2 kena kencing sia2..spenuh kpercayaan di hazami n the gang dah bg..hmm...licik...

lepas nice, dia mendekati kumpulan Infinatez yg gangstar tu..pum pam pum pam..macam2 dia jnji...album single diorg keluar jugak...mntap..tp? dlm 6 bulan je semuanya terbongkar..aku dgr rm140k..bila dah kantoi..sampai sanggup lari ikut bumbung...sanggup pcah masuk umah budak2 infinatez..nak hapuskan bahan bukti..

org kalo jahat tu..jahat je...
nk doakan dia insaf?
dah cukup mnyusahkan kitorg jantan lembik sekor ni..

sape lagi ko nak tipu azlini hisham,?